Tugasan

Wednesday 14 November 2018

BBM3410/18 Kelas Online dan Tutorial


Assallammualaikum semua.

Hari kelas amali tak ada. Jadi Prof gantikan dengan kelas Online. Apa yang aku kena buat adalah aku kena buat satu video tutorial macam mana aku buat kalendar aku tu. Panjang video tu 3 minit, lama juga la bagi aku. hehe

Aku tak ada la pakar sangat dalam adobe ni, tapi dah Prof suruh buatkan aku ikut saja lah. Haha. Dalam video ni aku tunjuk cara-cara nak hilangkan latar belakang gambar yang kau dah pilih tu. Jadi apa tunggu lagi jom lah tengok video aku dekat bawah ni.



Ya Allah aku buat ni. Mujur untuk ilmu aku REDHA. 

Okay dah siap tugasan aku untuk hari ini. Mohon jangn kecam. Hahaha

BBM3410/18 Tugasan Baru dan Redha

Assallammualaikum semua.


Hahaha tajuk entry pun dah tahu kan tentang apa. Tugasa kali ni aku dan kumpulan aku kena buat video one shot baru. Kali ni dua Layer pulak. Oh sebelum tu, video one shot sebelum ni Prof puji group kami. Huhuhu😌😌. Prof kata video kami antara dua video yang menarik. Bangga kejap dengan kumpulan kami. Prof kata video kami ada kelainan sebab seram-seram gitu. Hahaha.

Lagu untuk video seterusnya tak tetapkan lagi sebenarnya. Tapi ada la buat dua pilihan. Lagu apa tunggu la dah siap nanti aku kongsi dalam blog ni. Kami kena bentang video tu hari Isnin minggu hadapan. Untuk dua layer kali ni, kami kena masukkan unsur lakonan dan nyanyian dalam lagu tersebut. Penyanyi bernyanyi sambil dia juga akan berlakon. Macam buat video klip lagu la kiranya.

Aku nak cakap terima kasih sebab kumpulan aku bagi kerjasama yang baik menghasilkan dan melakukan setiap tugasan yang diberi.Tepuk sikit. Hehehe

Okay la aku gerak dulu. Jumpa lagi nanti.



BBM3410/18 Sisa-sisa Terakhir

Assalammualaikum semua. Bertemu kita lagi.πŸ˜‡

Hari ni aku nak menulis tentang apa yang aku rasa dan alami sepanjang berada di UPM. Tajuk aku pun dah sedih kan. hehe

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang keberadaan aku dekat sini. Dari budak hingusan dari kampung sampailah aku mampu berdiri di atas pentas mengeluarkan bicara. Aku adalah seorang budak yang sangat biasa. Dari sudut pendidikan, keluarga dan orang sekitar aku. Aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. (Sedihlah pulak)

Paling yang aku takkan lupakan di UPM antaranya ialah, aku mempelajari erti dunia lakonan teater. Di sini lah bermula perjalanan aku sebagai seorang budak yang biasa kepada budak yang mampu berlakon. Aku mula 'debut' dengan persembahan aku yang pertama bertajuk Budak Raja. Mula-mula atas pentas agak gelabah dan bergetar. HahahaπŸ˜‚πŸ˜‚

Pengalaman seterusnya, adalah aku antara pelajar lelaki tahun akhir yang menggunakan bas UPM sampai ke semester akhirnya. Aku berbangga sebab aku tak menyusahkan siapa-siapa untuk aku bergerak ke kelas dan sebagainya.

Aku juga mengalami kawan yang pergi, kekal dan sahabat yang baru. Pada yang pergi aku ucap terima kasih sebab pernah sudi hadir menjadi sahabat. Yang kekal, terima kasih banyak-banyak sebab lalui susah dan senang bersama. Pada yang baru tak tahu nak cakap macam mana sebab aku rasa berbangga ada kawan mcm kalian. Yang paling penting, kawan yang baru hadir aku seorang je lelaki. Hehehe.

Inilah kawan yang baru tu. Eh bukan kawan dah tapi sahabat. Heheh

Mereka ni banyak membantu dari pelbagai segi. Ulangkaji sama-sama malam sebelum final exam. hehe. Dari kiri Atiqah, Maizura, Firza dan Adel. Terima kasih teman. 

Owh ya tak lupa juga pada 'crush' yang lama dan baru. HahahaπŸ˜‚. Pada yang tersayang. EH EH macam la ada yang tersayang. 

Sebelum aku mengundur diri, aku selitkan puisi nukilan aku sendiri. 


Mencari makna diri
(S.A.Faisal)

Habis sudah kata ini
Hilang dibawa mati oleh rasa
Aku cuba terbitkan ia menjadi lagu
Lagu yang di dendang kala sunyi menghentam pilu
Lalu ku bawa bahasa ku memberi makna

Kelam, kabur mencari makna
Siapa diri ini sebenarnya
Aku cari semula diri yang hampir mati
Dan ku ukir semula ia agar menjadi satu tanda
Tanda yang mampu memberi makna kepada generasiku

Maafkan aku duhai hati 
Gagal memberi makna yang di cari
Aku hanya mampu menulis bukan bicara 
Siapa aku hendak mula bicara andai diri bukan seperti mereka
Lalu ku undur langkah mencari makna.

Okay semua aku undur diri dulu. Jumpa lain hari. 

BBM3410/18 Twitter

Yuhuu... Assalammualaikum semua.

Baca tajuk pun dah tau kan aku nak cakap tentang apa. Aku kali ni nak cakap tentang Twitter. Hah tapi sebelum tu jemputlah follow Twitter aku https://twitter.com/AljSyed. Korang klik je link tu.

Apa je aku nak cakap tentang Twitter ni. Pertama aku nak cakap tentang apa aku kena buat dengan Twitter aku tu. Aku kena Tweet sekurang-kurangnya satu Tweet tiap minggu dan Retweet siapa-siapa punya Tweet.

Tanpa melengahkan masa aku bagi gambar apa yang aku dah Tweet. hahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚












Banyakkan gambar kali ni. hahaha. Saje nak bagi korang bukak satu-satu. 
Okay la penat dah taip. 
 

BBM3410/18 FYP dan Aku

Assalammualaikum semua.πŸ˜™


Bacakan tajuk aku kali ni. Aku nak cerita tentang apa pula ni? Okay hari ni aku nak cerita tentak projek tahun akhir aku. Tajuk FYP aku Komunikasi verbal dan nonverbal dalam filem Tiga Abdul. Aku bukanlah nak bincang apa yang aku dah buat cumanya proses nak siapkan tu je yang aku nak fokuskan.

Sekarang ni aku masih tersangkut di bab 4 iaitu bab yang paling penting analisis data. Bab 4 la aku rasa yang paling mencabar. Aku kena analisis data tu betul-betul dan data mestilah tepat. Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa aku pilih analisis filem Tiga Abdul?.

Hah jawapan aku mudah je. Tiga Abdul ni sarat dengan unsur nasihat, sarkastik dan yang paling penting aku nak kaji bahasa dia la. hahaha. Yang pasti aku rasa tertarik dengan filem ni. Macam yang dalam tajuk aku tu kan, aku kaji tentang komunikasi verbal dan nonverbal dalam filem ni. Lepas itu aku kenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi ujaran dalam filem ini.

Doakan aku dapat siapkan FYP aku dalam tempoh yang ditetapkan. Aminn

Okay la setakat tu dulu aku berceloteh hari ni.

Friday 9 November 2018

BBM3410/18 Apa Jadi dengan Naruto?

Assalammualaikum semua. hahaha

Kali ni aku nak kongsi sikit tentang apa aktiviti yang aku buat dan habiskan. kahkah. Okay macam yang aku ada cerita tentang aku tengok Anime Naruto tu kan. Akhirnya aku berjaya habiskan 500 episod cerita tu. hahaha hebat kanπŸ˜‚πŸ˜‚

Apa yang aku nak kongsikan dalam entry kali tentang persahabatan yang terjalin antara Naruto dan kawan-kawan dia. Terutama kawan-kawan dia dalam kumpulan 7 Kakashi, iaitu Sasuke dan Sakura. Diorang ni kawan baik dan selalu berjaya menjalankan misi dengan baik tapi ada satu kejadian yang membuatkan Sasuke lari dari Kampung Konoha dan dia nak jadi kuat dan balas dendam dekat abang dia. So Sasuke ni jadi jahat lah senang cerita. Tapi Naruto dan Sakura ni percaya yang Sasuke akan balik ke Konoha.

Macam-macam Naruto dan Sakura alami untuk bawak Sasuke ni balik. Akhirnya berkat Naruto bersabar dan percaya dengan Sasuke, Sasuke pun jadi baik dan pulang ke Konoha. Best cerita ni sebab macam-macam kita boleh belajar.

EH panjang pulak aku rasa entry kali ni. Aku rasa cukup dulu kot. Aku nak kongsikan tentang kekuatan persahabatan yang tercipta mampu mengubah segalanya. Nanti cerita panjang-panjang dan macam aku buat ulasan pulak.

Okay semua aku gerak dulu.

BBM3410/18 Al-Hijrah dan Prof

Assalammualaikum lagi sekali.

Hah hari ni aku nak cerita tentang apa yang terjadi hari Isnin tu. Keputusan dia, Prof suruh tengok rancangan televisyen di saluran TV Al-Hijrah. Sebab Prof akan ada satu slot tentang topik Martabat Bahasa Melayu dalam media sosial. Wow hebatkan Prof aku. hahaha

Prof aku bukan suruh tengok saje-saje. Prof suruh tangkap gambar dan pos dalam Instagram macam biasa. Alhamdulillah berjaya dan kelas atas talian pukul 10 tak ada. Yahooooo...

Comel je kan Prof aku. 

Slot BijakSiber ni ada la dalam 10 minit. Selamat la aku bangun awal pagi tu. kalau tak melepas nak tangkap gambar Prof.

Bosan la tu baca panjang-panjang ni. Okay la aku undur diri dulu. Jumpa lagi nanti.

BBM3210/18 Nak kelas atau tak?

Yuhuu jumpa lagi. Eh lupa bagi salam, karang ada yang cop aku sebagai liberal pulak. ASSALAMMUALAIKUM semua warga blog tercinta.

Minggu ni aku nak cerita tentang hari Isnin 5/11/2018. Hari Isnin tu ikutkan ada kelas tapi memandangkan esoknya hari Selasa tu pulak Deepavali Prof bagi la kami tugasan sama ada nak kelas atas talian atau kelas seperti biasa. Akhirnya Prof pun bagi tugasan buat tanda okay macam ni πŸ‘Œ dan pos dalam Instagram masing-masing. Cukup 80 orang  Prof akan batalkan kelas dan buat kelas atas talian.

Hah kami semua ni apa lagi gelabah la buat sebab nak sambung cuti lagi. Tapi sayang aku Isnin tu tetap ada kelas subjek lain. Jadi aku tak kisah la sangat kan. hahaha.

Nah aku bagi la gambar yang aku tangkap tu.

Mujur jari tak gebu sangat dalam gambar ni.πŸ˜…πŸ˜…

Okay la setakat tu cerita aku kali ni. Jumpa lagi pada masa akan datang.

BBM3410/18 Tugasan Cuti Pertengahan Semester

Assalammualaikum semua. Jumpa kita lagi dalam blog aku yang tak seberapa ni.

Hari ni aku nak cerita sikit tentang tugasan cuti pertengah semester yang lepas. Tugasan dia aku kena tangkap gambar sekitar kawasan rumah aku. Aku duduk kampung je, waktu aku balik salah 'timing' sawah belakang rumah aku dah kena potong. Jadinya tak dapat la gambar yang cantik sangat. Okay tanpa membuang masa elok la aku selitkan beberapa gambar yang berjaya aku tangkap. 

Aku tau korang cepat bosan baca panjang-panjang niπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰. Hah dekat bawah ni aku selitkan gambar dia jangan risau.

Hah gambar ni dekat Teluk Batik. Kebetulan keluarga aku ajak berkelah, aku apa lagi ni kesempatan terbaik lah. 


Ni pulak gambar sawah belakang rumah aku. Cantik kan gambar yang aku tangkap ni? (Self compliment sikit... hahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)


Gambar ni aku tangkap waktu aku pergi pasar. Meriah pasar ni. Orang tempat aku panggil pasar ni Pekan Sabtu, aku tak tau kenapa mungkin pasar ni dekat pekan dan jatuh hari Sabtu kot. 
Comelkan. Ni anak buah aku, nama dia Medina.

Okay itu saje la serba sedikit gambar yang aku nak kongsi. Bye semua...πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™

Sunday 4 November 2018

BBM3410/18 Keliru Lah

Selamat malam gaisss...

Korang perasan tak yang aku post dekat blog aku ni pada hari yang sama. haha

Hah tak perasan la tu. Ingat lagi tak yang aku kata aku ada hutang untuk post 3 entry setiap minggu. Tak ingat la tu. 😏😏. Sebenarnya aku pun tak ingat sebenarnya.

Kali ni sebenarnya aku nak borak tentang kekeliruan aku dalam membuat posting dalam blog ni. Sebabnya sekarang aku tengah bercuti pertengahan semester. Eh lupa la nak bagi tau dalam entry yang lepas, aku balik kampung sebab tengah cuti pertengahan semester la. Tak lama pun cuti, seminggu je.

Okay berbalik ke pangkal jalan tadi. Aku keliru la sebab tengah cuti kan nak kena post jugak ke. "Classmate" aku kata kena, jadi aku pun buat la jugak. Nanti takut tak dapat markah.

Banyak benda pulak aku rasa nak kongsi dengan korang. Tapi nanti la aku kongsikan. Penat la menaip. hahaha (tipu je)

BBM3410/18 Balik Kampung

Assalammualaikum semua, selamat malam.

Baca tajuk aku tu, hah cerita kali ni nak cakap tentang aku balik kampung.

Rindu weyhh, bukan rindu anak bini tapi rindu "family" dekat kampung tu. Aku orang kampung je, orang Bota sana. hahaha. Aku dah DUA bulan rasanya tak balik kampung huhu. Cekal kan, padahal dalam hati meronta-ronta nak balik.

Aku "excited" gila nak balik kampung. Aku balik kali ni dengan kawan sekolah aku dulu. Nizam nama dia. (Nizam mohon bersyukur aku sebut nama kau dalam post aku kali niπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†). Dia gerak dulu pergi TBS. so aku kirim dekat dia la beli tiket. haha

Owh ya aku gerak ke TBS naik "Grab" dengan kawan aku. "Coursemate aku jugak, nama dia Goh. Tapi dia balik Penang.

Boleh nampak kan  muka "EXCITED" aku tu. Haha😜😜

Owh ya, aku balik hari Khamis petang. Tiket aku pukul 4.30.

Okay la korang, aku gerak dulu. hahaha

BBM3410/18 Kalendar Yang Mencabar

Yuhuuu. Jumpa lagi.

Kali ni aku nak cakap tentang buat kalendar pulak. Sumpah susah gila nak buat, kena ada 6 layer la. So macam biasa aku masih Redha. hahahah

Okay bukan itu yang aku nak tekankan. Yang menarik buat kalendar ni kan, aku belajar banyak benda. Sebelum ni aku sumpah "noob" gila nak edit-edit benda alah bagai ni. Tapi berkat belajar dan REDHA akhirnya aku faham serba sedikit.

Tak ada istilah "noob" dah. hahaha. Korang mesti perasan kan aku suka gelak hahaha ni panjang-panjang. Aku memang macam tu, nak hiburkan korang jugak. Nanti kata Blog aku ni HAMBAR.

Kejap aku nak cari gambar contoh kalendar yang aku dah buat. Kau sabar eh.

Hah ni dia Kalendar yang aku berjaya buat. 

Aku rasa cukup sampai sini kot. Buat panjang-panjang pun bukan korang nak baca. 

Okay bye. 

BBM3410/18 Video One shot

Assalammualaikum semua. Maaflah sibuk sikit kebelakangan ni. Hahaha

Jom la baca apa yang aku nak tulis ni. Macam yang dalam tajuk post aku kali ni. Post ni aku nak cerita sikit tugasan aku dan kumpulan aku pada kali ni. Tugasannya adalah buat video One Shot.

Hah bukan tu je, video kali ni kena masukkan musik sekali. Lepastu kena acah menyanyi la kononnya ataupun Lip-sync.

Lagu yang kumpulan aku pilih adalah Hajat oleh Hael Husaini. Kenapa kami pilih lagu ni? hah jawapan dia sebab lagu ni rancak dan dalam video asal dia ada menari. Jadi kami boleh la ikut tarian tu. huhuhu
Ni la video dari kumpulan Panglima Awang


Bagi aku tugasan kali ni mencabar la. Kena menari kot. Aku bukannya pandai buat benda-benda macam ni. Tapi nak markah kan buat la jugak. Macam Prof kata la Redha…πŸ˜…πŸ˜…

Sakit itu aku...

 Assalammualaikum...  Lama aku tak bermonolog disini. Nukilan bertarikh 29 Nov 2021 ini lebih kepada tulisan isi hati. Maaf andai ada tersal...