Tugasan

Monday 29 November 2021

Sakit itu aku...

 Assalammualaikum... 

Lama aku tak bermonolog disini. Nukilan bertarikh 29 Nov 2021 ini lebih kepada tulisan isi hati. Maaf andai ada tersalah ucap sepanjang tulisan ini. 

 Kenapa tajuk aku macam tu? Kenapa baru sekarang baru nak mula menulis semula? Jawapan dia ialah, aku dalam proses melupakan dan dilupakan. Oleh siapa? Biarlah hanya aku seorang saje tahu. ☺️

Sebelum tu terima la puisi dari aku... 


Aku sakit itu...

Aku sakit itu

Aku pendam hasrat ini

Untuk ku luah bila sedia

Maaf atas lewatku


Aku sakit itu

Maaf tiada kata akhir dariku

Aku masih seperti dulu

Yang sepi menungu khabar

Akhirnya aku sendiri termanggu


Aku suka menulis puisi kalau ada waktu terluang. Tambahan lagi hari ni mendung menemani penulisan aku. Aku menulis hari ni untuk berkongsi kisah aku. Kisah yang sedih kot.. hahaha


Dulu waktu aku belajar aku ada suka dekat seseorang ni. Jadi kisah ni tentang seseorang la... Aku tak tau mana nak mula. Yang pasti akan aku coretkan yang baik2 saja tentang dirimu wahai gadis. Aku kenali dia sewaktu tahun 2 aku di UPM. Orangnya manis, baik dan lemah tutur katanya. Kekurangan itu banyak nya dari aku sejujur nya. Aku kurang dari semua serbi. Aku tidak la pandai, berbadan besar, tiada rupa dan pelbagai lagi la kekurangan aku. Sejujurnya oleh sebab ini la aku tidak dapat membuat luahan kepada kamu gadis. Aku sedar diri akan kekurangan ini. Aku tidak mahu sekirang aku meluahkan kamu pula akan menjauh lalu aku diam membisu tanpa sebarang "Confessions". 


Itu dari sudut pandang aku. Tentang hati kamu aku tidak tahu. Adakah sekelumit perasaan itu atau tidak, aku tidak tahu. What i know, i fell for you and at the same time I don't want to betrayed out friendship. Sebab bagi aku persahabatan itu murni. Layanan kamu gadis terhadap aku sangat membuat aku jatuh. Aku masih ingat kamu tidak suka marah. Aku la yang akan menyejukkan dirimu dari bahana amarah. Kerana aku tau jika kamu marah, marahnya akan seperti ribut. Detik yang paling aku tidak akan lupakan sewaktu kali terakhit berjumpa denganmu sewaktu hari istiadat Konvokesyen. Kamu membetulkan jubah Konvokesyen ku untuk nampak lebih kemas. Waktu itu aku la lelaki terbahagia yang berada di atas muka bumi ini. Tapi itu semua kisah lalu yang mampu aku coretkan saja. Tidak mengapa aku mengerti sekarang kamu sudah ada yang lagi baik dari aku. Aku masih seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Yang berubah hanyalah jauh nya hati aku membawa diri. Hari ini juga aku mempunyai kekuatan untuk memadam nama kamu sebagai kenalan dalam telefon aku. Ini merupakan langkah "move on" aku yang terbesar. 


Sejujurnya, sewaktu malam terakhir kita bertemu di UPM. Aku ingin menyatakan hasrat hati aku. Tapi langkah dan tutur ini kelu. Tiada satu patah yang mampu aku tuturkan untuk kamu pada malam tersebut. Andai kata aku meluahkan perasaanku pada malam itu. Mampukah kamu bertahan dan menunggu ku untuk menghalalkan kamu? Kerana aku masih tiada apa-apa untuk membahagiakan kamu. Aku hanya seorang Syed Faisal yang rugi. 


Aku rasa cukup itu saje nukilan ku hari ini. Kalau ada masa terluang akan aku sambung lagi bagaimana aku dan si gadis mula2 bertemu. Ini adalah berdasarkan kisah benar tentang aku dan seseorang tersebut. Aku undur diri dulu. Ampun maaf. 



No comments:

Post a Comment

Sakit itu aku...

 Assalammualaikum...  Lama aku tak bermonolog disini. Nukilan bertarikh 29 Nov 2021 ini lebih kepada tulisan isi hati. Maaf andai ada tersal...