Tugasan

Monday 29 November 2021

Sakit itu aku...

 Assalammualaikum... 

Lama aku tak bermonolog disini. Nukilan bertarikh 29 Nov 2021 ini lebih kepada tulisan isi hati. Maaf andai ada tersalah ucap sepanjang tulisan ini. 

 Kenapa tajuk aku macam tu? Kenapa baru sekarang baru nak mula menulis semula? Jawapan dia ialah, aku dalam proses melupakan dan dilupakan. Oleh siapa? Biarlah hanya aku seorang saje tahu. ☺️

Sebelum tu terima la puisi dari aku... 


Aku sakit itu...

Aku sakit itu

Aku pendam hasrat ini

Untuk ku luah bila sedia

Maaf atas lewatku


Aku sakit itu

Maaf tiada kata akhir dariku

Aku masih seperti dulu

Yang sepi menungu khabar

Akhirnya aku sendiri termanggu


Aku suka menulis puisi kalau ada waktu terluang. Tambahan lagi hari ni mendung menemani penulisan aku. Aku menulis hari ni untuk berkongsi kisah aku. Kisah yang sedih kot.. hahaha


Dulu waktu aku belajar aku ada suka dekat seseorang ni. Jadi kisah ni tentang seseorang la... Aku tak tau mana nak mula. Yang pasti akan aku coretkan yang baik2 saja tentang dirimu wahai gadis. Aku kenali dia sewaktu tahun 2 aku di UPM. Orangnya manis, baik dan lemah tutur katanya. Kekurangan itu banyak nya dari aku sejujur nya. Aku kurang dari semua serbi. Aku tidak la pandai, berbadan besar, tiada rupa dan pelbagai lagi la kekurangan aku. Sejujurnya oleh sebab ini la aku tidak dapat membuat luahan kepada kamu gadis. Aku sedar diri akan kekurangan ini. Aku tidak mahu sekirang aku meluahkan kamu pula akan menjauh lalu aku diam membisu tanpa sebarang "Confessions". 


Itu dari sudut pandang aku. Tentang hati kamu aku tidak tahu. Adakah sekelumit perasaan itu atau tidak, aku tidak tahu. What i know, i fell for you and at the same time I don't want to betrayed out friendship. Sebab bagi aku persahabatan itu murni. Layanan kamu gadis terhadap aku sangat membuat aku jatuh. Aku masih ingat kamu tidak suka marah. Aku la yang akan menyejukkan dirimu dari bahana amarah. Kerana aku tau jika kamu marah, marahnya akan seperti ribut. Detik yang paling aku tidak akan lupakan sewaktu kali terakhit berjumpa denganmu sewaktu hari istiadat Konvokesyen. Kamu membetulkan jubah Konvokesyen ku untuk nampak lebih kemas. Waktu itu aku la lelaki terbahagia yang berada di atas muka bumi ini. Tapi itu semua kisah lalu yang mampu aku coretkan saja. Tidak mengapa aku mengerti sekarang kamu sudah ada yang lagi baik dari aku. Aku masih seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Yang berubah hanyalah jauh nya hati aku membawa diri. Hari ini juga aku mempunyai kekuatan untuk memadam nama kamu sebagai kenalan dalam telefon aku. Ini merupakan langkah "move on" aku yang terbesar. 


Sejujurnya, sewaktu malam terakhir kita bertemu di UPM. Aku ingin menyatakan hasrat hati aku. Tapi langkah dan tutur ini kelu. Tiada satu patah yang mampu aku tuturkan untuk kamu pada malam tersebut. Andai kata aku meluahkan perasaanku pada malam itu. Mampukah kamu bertahan dan menunggu ku untuk menghalalkan kamu? Kerana aku masih tiada apa-apa untuk membahagiakan kamu. Aku hanya seorang Syed Faisal yang rugi. 


Aku rasa cukup itu saje nukilan ku hari ini. Kalau ada masa terluang akan aku sambung lagi bagaimana aku dan si gadis mula2 bertemu. Ini adalah berdasarkan kisah benar tentang aku dan seseorang tersebut. Aku undur diri dulu. Ampun maaf. 



Friday 7 December 2018

BBM3410/18: Tugasan Facebook

Assalamualaikum semua. Haha

Post kali ni tentang tugasan yang terakhir aku rasa. Hahah

Tugasan kali ini kami kena post dua feed dalam Facebook dan perlu letak gambar setiap post. Gambar tu pulak mesti ada Prof dalam nya... Hahaha kelakar kan bunyi tugasan dia.

Dekat bawah ni aku selitkan gambar screen shot apa yg aku post dalam Facebook tu.




Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Asslammualaikum lagi sekali.

Kali ini aku nak membuat sedikit penerangan tentang penghasilan video Tanpa Wajah. Penghasilan Video Tanpa Wajah harus dibuat tanpa memasukkan wajah para pelakon ke dalam video tersebut.

Cara penghasilan video Tanpa Wajah:

1. Pilih lagu dan Storyline.
-Ini adalah langkah terpenting yang perlu diberi perhatian. Storyline yang berkait dengan lagu dapat menghasilkan video yang menarik kerana jalan cerita sangat penting untuk penonton memahami isi video tersebut.

2. Pilih titik fokus.
-Titik fokus ini bermaksud, fokus yang ingin diberi perhatian dalam video tersebut. Sebagai contoh, fokus dalam video tersebut adalah tangan jadi tangan memainkan peranan penting sepanjang video tersebut. Selain itu fokus juga boleh diberi kepada objek atau barangan yang terdapat dalam video.

3. Sudut rakaman atau angle sewaktu merakam.
-Ini adalah yang paling penting dalam penghasilan video tanpa wajah. Sudut rakaman yang baik dan bagus akan memberikan hasil yang menarik. Ini kerana jika sudut yang dipilih tersebut bersesuaian maka penghasilan video tersebut tidak akan menampakkan wajah para pelakon.


Setakat itu sahaja penerangan serba sedikit tentang Video Tanpa Wajah.
Sekian, jumpa lagi
Terima Kasih.

BBM3410/18: Video One Shot

Assalammualaikum lagi sekali semua.

Post kali ini tentang video One Shot pula.

Aku akan beri sedikit penerangan bagaimana penghasilan video One Shot pada korang semua. Sebelum itu, video one shot adalah satu penghasilan video yang hanya dengan satu take atau rakaman tanpa henti atau "pause".

1. Pilih lagu yang bersesuaian dengan tema atau 'storyline' yang telah dibuat.
-Lagu yang bersesuaian sangat penting kerana melalui lagu yang dipilih kita akan tahu bagaimana kita hendak menghasilkan video one shot tersebut.

2. Storyline yang baik menghasilkan video yang menarik.
- Dalam penghasilan apa-apa yang berkaitan dengan video atau lagu perlu mempunyai 'storyline' atau jalan cerita yang menarik. Storyline yang menarik akan membuat video tersebut mudah dihasilkan dan memberi keterangan kepada penonton.

3. Persediaan dan latihan yang baik.
Persediaan perlu dibuat sebelum mula membuat rakaman. Seperti yang dinyatakan di atas, video one shot ini mestilah dibuat hanya dengan satu rakaman tanpa ada sebarang hentikan atau pause. Jika latihan dibuat video lebih mudah untuk dihasilkan dan tidak perlu membuat banyak kali rakaman.

Dalam penghasilan video One Shot, terdapat beberapa jenis one shot yang boleh dihasilkan. Antaranya adalah:

1. One Shot 1 layer
- One shot 1 layer adalah rakaman yang dibuat berlatarbelakang yang kosong atau hanya yang terlibat sahaja berada dalam video.

2. One Shot 2 layer.
-Bagi one shot 2 layer pula, rakaman 2 layer pula melibatkan dua lapis pergerakan. Sebagai contoh lapis atau layer yang pertama adalah penyanyi dan layer yang kedua unsur lakonan dimasukkan.

3. One Shot 3 layer
-Penghasilan video ini akan memerlukan 3 layer atau lapis. Seperti dinyatakan dalam 2 layer, tambahan lagi satu layer dalam video tersebut akan menjadikannya one shot 3 layer. Layer yang dimasukkan itu mestilah secara spontan seperti pergerakan pokok kerana ditiup angin.

Okay itu sahaja sedikit penerangan tentang video One Shot.

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalammualaikum semua.

Kali ini aku nak membuat sedikit penerangan ringkas tentang papan cerita. Ibarat macam nota la post aku kali ini. Okay jom mula.


Papan cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh dikatakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.

Dalam kerja kami yang lepas kami dikehendaki membuat satu e-majalah berkaitan tentang satu produk dan 10 jenis variasi produk tersebut. 

1. Pilih produk yang jadi tumpuan atau pilihan untuk divariasikan
-Bagi pemilihan produk pastikan produk yang dipilih mudah untuk divariasikan jenis produk tersebut. 

2. Variasikan kepada 10 jenis produk yang berbeza. 
- 10 jenis produk tersebut haruslah mempunyai perbezaan dan setiap satu dilukis atas kertas yang berlainan menggunakan pensel. 

3. Pastikan setiap produk yang dihasilkan mempunyai teks.
-Mempunyai teks disini bermaksud huraian kepada produk tersebut supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat di hadam oleh pembaca. 

4. Kegunaan produk atau kandungan produk
-Sebagai contoh kami memilih tema pakaian. Jadi setiap variasi produk pakaian tersebut kena beri penjelasan pakaian tersebut menggunakan fabrik apa? sesuai untuk kegunaan apa? dan sebagainya. 

Itu sahaja serba sedikit berkaitan dengan Papan Cerita. 
Terima Kasih.


BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita.

Hari ini aku nak buat nota ringkasan tentang asas grafik.

Asas grafik adalah bahan yang mampu mengubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, perkataan, simbol dan gambar.

Asas grafik terbahagi kepada 5 iaitu:


  • Mudah
Mudah bermaksud sesuatu rekaan atau gambar haruslah menunjukkan kefahaman yang cepat dan jelas.
  • Keseimbangan
Susunan objek mestilah seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk atau gambar.
  • Kesesuaian
Objek yang dipamerkan dalam sesuatu gambar haruslah menunjukkan kesesuaian dari sudut bentuk, warna dan susunana
  • Warna
Warna memainkan peranan penting dalam asas grafik. Warna yang pelbagai dapat menarik perhatian sesiapa yang melihat objek tersebut. 
  • Teks

Melalui teks keterangan tentang sesuatu akan lebih jelas dan mudah untuk difahami.

Kesan penggunaan asas grafik dapat membantu memudahkan idea dan maklumat disampaikan dengan lebih mudah.

Harap keterangan di atas dapat membantu pembaca semua.

Wednesday 14 November 2018

BBM3410/18 Kelas Online dan Tutorial


Assallammualaikum semua.

Hari kelas amali tak ada. Jadi Prof gantikan dengan kelas Online. Apa yang aku kena buat adalah aku kena buat satu video tutorial macam mana aku buat kalendar aku tu. Panjang video tu 3 minit, lama juga la bagi aku. hehe

Aku tak ada la pakar sangat dalam adobe ni, tapi dah Prof suruh buatkan aku ikut saja lah. Haha. Dalam video ni aku tunjuk cara-cara nak hilangkan latar belakang gambar yang kau dah pilih tu. Jadi apa tunggu lagi jom lah tengok video aku dekat bawah ni.



Ya Allah aku buat ni. Mujur untuk ilmu aku REDHA. 

Okay dah siap tugasan aku untuk hari ini. Mohon jangn kecam. Hahaha

BBM3410/18 Tugasan Baru dan Redha

Assallammualaikum semua.


Hahaha tajuk entry pun dah tahu kan tentang apa. Tugasa kali ni aku dan kumpulan aku kena buat video one shot baru. Kali ni dua Layer pulak. Oh sebelum tu, video one shot sebelum ni Prof puji group kami. Huhuhu😌😌. Prof kata video kami antara dua video yang menarik. Bangga kejap dengan kumpulan kami. Prof kata video kami ada kelainan sebab seram-seram gitu. Hahaha.

Lagu untuk video seterusnya tak tetapkan lagi sebenarnya. Tapi ada la buat dua pilihan. Lagu apa tunggu la dah siap nanti aku kongsi dalam blog ni. Kami kena bentang video tu hari Isnin minggu hadapan. Untuk dua layer kali ni, kami kena masukkan unsur lakonan dan nyanyian dalam lagu tersebut. Penyanyi bernyanyi sambil dia juga akan berlakon. Macam buat video klip lagu la kiranya.

Aku nak cakap terima kasih sebab kumpulan aku bagi kerjasama yang baik menghasilkan dan melakukan setiap tugasan yang diberi.Tepuk sikit. Hehehe

Okay la aku gerak dulu. Jumpa lagi nanti.



BBM3410/18 Sisa-sisa Terakhir

Assalammualaikum semua. Bertemu kita lagi.😇

Hari ni aku nak menulis tentang apa yang aku rasa dan alami sepanjang berada di UPM. Tajuk aku pun dah sedih kan. hehe

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang keberadaan aku dekat sini. Dari budak hingusan dari kampung sampailah aku mampu berdiri di atas pentas mengeluarkan bicara. Aku adalah seorang budak yang sangat biasa. Dari sudut pendidikan, keluarga dan orang sekitar aku. Aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. (Sedihlah pulak)

Paling yang aku takkan lupakan di UPM antaranya ialah, aku mempelajari erti dunia lakonan teater. Di sini lah bermula perjalanan aku sebagai seorang budak yang biasa kepada budak yang mampu berlakon. Aku mula 'debut' dengan persembahan aku yang pertama bertajuk Budak Raja. Mula-mula atas pentas agak gelabah dan bergetar. Hahaha😂😂

Pengalaman seterusnya, adalah aku antara pelajar lelaki tahun akhir yang menggunakan bas UPM sampai ke semester akhirnya. Aku berbangga sebab aku tak menyusahkan siapa-siapa untuk aku bergerak ke kelas dan sebagainya.

Aku juga mengalami kawan yang pergi, kekal dan sahabat yang baru. Pada yang pergi aku ucap terima kasih sebab pernah sudi hadir menjadi sahabat. Yang kekal, terima kasih banyak-banyak sebab lalui susah dan senang bersama. Pada yang baru tak tahu nak cakap macam mana sebab aku rasa berbangga ada kawan mcm kalian. Yang paling penting, kawan yang baru hadir aku seorang je lelaki. Hehehe.

Inilah kawan yang baru tu. Eh bukan kawan dah tapi sahabat. Heheh

Mereka ni banyak membantu dari pelbagai segi. Ulangkaji sama-sama malam sebelum final exam. hehe. Dari kiri Atiqah, Maizura, Firza dan Adel. Terima kasih teman. 

Owh ya tak lupa juga pada 'crush' yang lama dan baru. Hahaha😂. Pada yang tersayang. EH EH macam la ada yang tersayang. 

Sebelum aku mengundur diri, aku selitkan puisi nukilan aku sendiri. 


Mencari makna diri
(S.A.Faisal)

Habis sudah kata ini
Hilang dibawa mati oleh rasa
Aku cuba terbitkan ia menjadi lagu
Lagu yang di dendang kala sunyi menghentam pilu
Lalu ku bawa bahasa ku memberi makna

Kelam, kabur mencari makna
Siapa diri ini sebenarnya
Aku cari semula diri yang hampir mati
Dan ku ukir semula ia agar menjadi satu tanda
Tanda yang mampu memberi makna kepada generasiku

Maafkan aku duhai hati 
Gagal memberi makna yang di cari
Aku hanya mampu menulis bukan bicara 
Siapa aku hendak mula bicara andai diri bukan seperti mereka
Lalu ku undur langkah mencari makna.

Okay semua aku undur diri dulu. Jumpa lain hari. 

BBM3410/18 Twitter

Yuhuu... Assalammualaikum semua.

Baca tajuk pun dah tau kan aku nak cakap tentang apa. Aku kali ni nak cakap tentang Twitter. Hah tapi sebelum tu jemputlah follow Twitter aku https://twitter.com/AljSyed. Korang klik je link tu.

Apa je aku nak cakap tentang Twitter ni. Pertama aku nak cakap tentang apa aku kena buat dengan Twitter aku tu. Aku kena Tweet sekurang-kurangnya satu Tweet tiap minggu dan Retweet siapa-siapa punya Tweet.

Tanpa melengahkan masa aku bagi gambar apa yang aku dah Tweet. hahaha😂😂😂












Banyakkan gambar kali ni. hahaha. Saje nak bagi korang bukak satu-satu. 
Okay la penat dah taip. 
 

BBM3410/18 FYP dan Aku

Assalammualaikum semua.😙


Bacakan tajuk aku kali ni. Aku nak cerita tentang apa pula ni? Okay hari ni aku nak cerita tentak projek tahun akhir aku. Tajuk FYP aku Komunikasi verbal dan nonverbal dalam filem Tiga Abdul. Aku bukanlah nak bincang apa yang aku dah buat cumanya proses nak siapkan tu je yang aku nak fokuskan.

Sekarang ni aku masih tersangkut di bab 4 iaitu bab yang paling penting analisis data. Bab 4 la aku rasa yang paling mencabar. Aku kena analisis data tu betul-betul dan data mestilah tepat. Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa aku pilih analisis filem Tiga Abdul?.

Hah jawapan aku mudah je. Tiga Abdul ni sarat dengan unsur nasihat, sarkastik dan yang paling penting aku nak kaji bahasa dia la. hahaha. Yang pasti aku rasa tertarik dengan filem ni. Macam yang dalam tajuk aku tu kan, aku kaji tentang komunikasi verbal dan nonverbal dalam filem ni. Lepas itu aku kenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi ujaran dalam filem ini.

Doakan aku dapat siapkan FYP aku dalam tempoh yang ditetapkan. Aminn

Okay la setakat tu dulu aku berceloteh hari ni.

Sakit itu aku...

 Assalammualaikum...  Lama aku tak bermonolog disini. Nukilan bertarikh 29 Nov 2021 ini lebih kepada tulisan isi hati. Maaf andai ada tersal...