Tugasan

Friday 9 November 2018

BBM3210/18 Nak kelas atau tak?

Yuhuu jumpa lagi. Eh lupa bagi salam, karang ada yang cop aku sebagai liberal pulak. ASSALAMMUALAIKUM semua warga blog tercinta.

Minggu ni aku nak cerita tentang hari Isnin 5/11/2018. Hari Isnin tu ikutkan ada kelas tapi memandangkan esoknya hari Selasa tu pulak Deepavali Prof bagi la kami tugasan sama ada nak kelas atas talian atau kelas seperti biasa. Akhirnya Prof pun bagi tugasan buat tanda okay macam ni 👌 dan pos dalam Instagram masing-masing. Cukup 80 orang  Prof akan batalkan kelas dan buat kelas atas talian.

Hah kami semua ni apa lagi gelabah la buat sebab nak sambung cuti lagi. Tapi sayang aku Isnin tu tetap ada kelas subjek lain. Jadi aku tak kisah la sangat kan. hahaha.

Nah aku bagi la gambar yang aku tangkap tu.

Mujur jari tak gebu sangat dalam gambar ni.😅😅

Okay la setakat tu cerita aku kali ni. Jumpa lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Sakit itu aku...

 Assalammualaikum...  Lama aku tak bermonolog disini. Nukilan bertarikh 29 Nov 2021 ini lebih kepada tulisan isi hati. Maaf andai ada tersal...