Assalammualaikum semua. Bertemu kita lagi.π
Hari ni aku nak menulis tentang apa yang aku rasa dan alami sepanjang berada di UPM. Tajuk aku pun dah sedih kan. hehe
Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang keberadaan aku dekat sini. Dari budak hingusan dari kampung sampailah aku mampu berdiri di atas pentas mengeluarkan bicara. Aku adalah seorang budak yang sangat biasa. Dari sudut pendidikan, keluarga dan orang sekitar aku. Aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. (Sedihlah pulak)
Paling yang aku takkan lupakan di UPM antaranya ialah, aku mempelajari erti dunia lakonan teater. Di sini lah bermula perjalanan aku sebagai seorang budak yang biasa kepada budak yang mampu berlakon. Aku mula 'debut' dengan persembahan aku yang pertama bertajuk Budak Raja. Mula-mula atas pentas agak gelabah dan bergetar. Hahahaππ
Pengalaman seterusnya, adalah aku antara pelajar lelaki tahun akhir yang menggunakan bas UPM sampai ke semester akhirnya. Aku berbangga sebab aku tak menyusahkan siapa-siapa untuk aku bergerak ke kelas dan sebagainya.
Aku juga mengalami kawan yang pergi, kekal dan sahabat yang baru. Pada yang pergi aku ucap terima kasih sebab pernah sudi hadir menjadi sahabat. Yang kekal, terima kasih banyak-banyak sebab lalui susah dan senang bersama. Pada yang baru tak tahu nak cakap macam mana sebab aku rasa berbangga ada kawan mcm kalian. Yang paling penting, kawan yang baru hadir aku seorang je lelaki. Hehehe.
Inilah kawan yang baru tu. Eh bukan kawan dah tapi sahabat. Heheh
Mereka ni banyak membantu dari pelbagai segi. Ulangkaji sama-sama malam sebelum final exam. hehe. Dari kiri Atiqah, Maizura, Firza dan Adel. Terima kasih teman.
Owh ya tak lupa juga pada 'crush' yang lama dan baru. Hahahaπ. Pada yang tersayang. EH EH macam la ada yang tersayang.
Sebelum aku mengundur diri, aku selitkan puisi nukilan aku sendiri.
Mencari makna diri
(S.A.Faisal)
Habis sudah kata ini
Hilang dibawa mati oleh rasa
Aku cuba terbitkan ia menjadi lagu
Lagu yang di dendang kala sunyi menghentam pilu
Lalu ku bawa bahasa ku memberi makna
Kelam, kabur mencari makna
Siapa diri ini sebenarnya
Aku cari semula diri yang hampir mati
Dan ku ukir semula ia agar menjadi satu tanda
Tanda yang mampu memberi makna kepada generasiku
Maafkan aku duhai hati
Gagal memberi makna yang di cari
Aku hanya mampu menulis bukan bicara
Siapa aku hendak mula bicara andai diri bukan seperti mereka
Lalu ku undur langkah mencari makna.
Okay semua aku undur diri dulu. Jumpa lain hari.