Tugasan

Wednesday, 24 October 2018

BBM3410 Naruto Featuring FYP


ASSALAMMUALAIKUM semua jumpa lagi.

Post kali ni aku nak kongsi tentang anime yang aku tengah layan. Haha. Aku sekarang tengah layan Naruto. Walaupun sesak dengan projek, aku tetap akan curi masa layan Naruto. Ni nama dia FYP featuring Naruto. Hahaha

Aku tak tau la kenapa aku suka sangat layan Naruto ni. Nak kata peminat tegar Anime tak jugak. Dia ada 500 episod, tak tau bila aku akan habiskan. Mungkin aku suka watak dan jalan cerita dia kot. Tentang seorang budak yang disisihkan dan akhirnya dia yang selamatkan kampung dia dari musnah.


Oh selain tu aku jugak suka layan K-Drama. Aku ada hard disk untuk K-drama dan movie. Aku yang jenis bila bosan aku suka layan movie, Naruto (hahaha), Kdrama semestinya la dan macam-macam lagi la.

Okay dah malas nak taip panjang-panjang. Nanti bosan pulak cerita aku. 

BBM3410 Tugasan Baru (Simpulan Bahasa)


ASSALAMMUALAIKUM semua.


Bertemu lagi kita pada post kali ini. Seperti tajuk kali ni, aku nak cerita sikit tentang pengalaman tugasan aku yang seterusnya. Tugasan pada kali ini aku dan kumpulan aku di arahkan untuk mengambil gambar berdasarkan Simpulan Bahasa. Mencabar kot tugasan kali ni. Hahaha
Kami kena ambil gambar berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih. Hah faham tak?

Dia macam ni la lebih kurang.
Gambar ni simpulan bahasa dia mandi peluh


Bukan satu, bukan dua tapi kami kena tangkap gambar berkaitan dengan simpulan bahasa sebanyak 10 keping. Kemudian gambar tuh dimasukkan dalam Powerpoint dan jadikan video untuk ditayangkan dalam kelas.

 Yang mencabarnya buat tugasan ni kita kena lakonkan dalam sekeping gambar. Kalau berlakon dan rakam boleh la aku buat. Tapi ni gambar… hurmmm. Hahaha jangan risau aku dan kumpulan aku akhirnya berjaya buat tugasan ni.

Okay dah la. Jumpa post yang akan datang.

BBM3410 Denda Tak Update Blog


Hai geng….πŸ‘πŸ‘
Sepatutnya aku kena update blog aku tiga post seminggu. Tapi memandangkan aku lupa nak update minggu sebelum ni. Aku kena denda update enam sekaligus untuk minggu ni. Hah padan muka kau Syed Ahmad Faisal, sapa suruh lupa sangat.πŸ’†πŸ’†πŸ’†

Post untuk kali ni aku tak banyak nak cakap, Cuma nak cerita tentang kenapa kena update blog tiga post setiap minggu. Cerita dia macam  ni, blog ni pada mulanya bertujuan untuk subjek aku semester tujuh di UPM ni. Multimedia dalam bahasa nama subjek aku ni. Tujuan subjek ni nak memberi peluang la kepada pelajar yang macam aku ni, yang hanya tau Facebook, Instagram dan Youtube je.

Subjek ni seronok je tapi stress sikit, mungkin oleh sebab masa tu tak banyak dengan nak siapkan Thesis aku lagi. Hahaha. Aku rasa sampai sini la dulu post aku kali ni.

Wednesday, 10 October 2018

BBM3410 Kolej Kediaman tak ada air

Assalammualaikum jumpa lagi.

Pada hari ni aku nak cerita tentang kolej aku tak ada air. Kau rasa?
Aku menetap Kolej 16 dekat UPM ni ataupun Kolej Serumpun. Kenapa kolej Serumpun? Hah sebab dia dalam kolej Serumpun ni berhimpunnya 4 kolej yang berlainan. Iaitu kolej 12, kolej 14, kolej 15 dan kolej 16. Cerita dia macam ni, aku dah dapat notis ketiadaan air ni tapi aku saja suka nak berkongsi cerita dengan pembaca semua. Hahaha




Aku dapat notis tiada air selama 3 hari iaitu bermula Selasa 9/10/2018 hingga Khamis 11/10/2018. Mula- mula tu air ada lagi, mungkin sebab kolej aku guna tangki dan dia boleh bertahan untuk beberapa hari. Tapi pada akhirnya, pada hari ni 11/10/2018 air pun tak ada. Air tangki dah habis. aku juga dapat notis yang hari ni InsyaALLAH Air aka nada semula.

Cukuplah aku bebel tentang air ni. Dah biasa kena. Hahaha. πŸ˜…πŸ˜…

Okay la malas nak menaip, jumpa post yang akan datang.

BBM3410 Latihan Bermula


Assalammualaikum jumpa lagi.πŸ’™πŸ’™

Nampak kan tajuk aku kali ni apa. Bermula la minggu yang sibuk bagi aku. Sebabnya pada 17/10/2018 aku dan kawan-kawan Persembahan solo aku akan buat persembahan dekat SK SerI Serdang. Tajuk persembahan nanti Merak yang cantik. Walaupun tajuk dia macam senang kan tapi hakikatnya rumit tau. Kena hiburkan budak-budak bukan mudah.

Aku sebagai Stage ManagerπŸ™† dalam persembahan kali ini. Tugas aku adalah kena tahu keseluruhan persembahan yang akan dipersembahkan nanti. Dalam cerita ni banyak watak. Antara watak nya adalah Merak, Gagak, Bangau, Kuda, Arnab, Enggang, Kakak Tua dan Helang.

 Aku bagi sikit sinopsis cerita ni. Kisah dia tentang Merak yang sombong. Merak sangat sombong sebab dia fikir dialah yang paling cantik dalam hutan tersebut. Dia juga suka menghina haiwan-haiwan yang lain dalam hutan tersebut. Suatu hari dia telah terjatuh dalam air dan kakinya telah tercedera, dia menjerit meminta tolong dan datang la Gagak, Bangau dan Enggang untuk membantunya. Pada akhirnya Merak sedar akan kesilapannya dan meminta maaf kepada haiwan-haiwan tersebu.

Aku buat latihan setisap malam, bermuola pukul 8 hingga 10. Latihan aku diadakan dekat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Latihan pada waktu malam sebab pada waktu siang kebanyakkan kami ada kelas dan komitmen lain.

Okay la malas nak menaip, jumpa post yang akan datang.

BBM3410 Minggu 5


Hai jumpa lagi… yuhuu
Macam biasa minggu baru mesti ada tugasan kan. Hahaha
Macam biasa Prof beri tugasan baru dan kena submit pada hari tersebut jugak. Dateline sejam setengah kot. Maka aku dan kawan-kawan pun berhuhu la kelam kabut la cari ilham. Oh ya aku bebel pulak apa dia tugasannya aku tak bagi tahu. Haha Maaf la
Ok tugasannya  adalah aku dan kumpulan aku kena tangkap gambar 4 jenis sudut aku rasa. Hahah
Yang pertama Flatlay. Apa tu Flatlay? Hah flatlay ni kami kena tangkap gambar dari sudut atas. Kiranya macam 90 darjah la sudut dia. Ok contoh gambar dekat bawah.


Ni la contoh flatlay

Seterusnya Half flatlay. Kalau dah nama ‘Half” maksud dia separuh la kan. Hahaha. Untuk buat half ni ambil sudut 45 darjah pulak. Tak faham tengok sendiri la contoh gambar dekat bawah ni.



Seterusnya lagi, Quarter Flatlay. Hah quarter ni 22.5 darjah bahasa mudah dia la.


Yang terakhir Zero Flatlay. Hah kau kalau dah zero kena letak bawah terus la kamera tu. Dah tak ada sudut darjah nak guna lagi. Nak buat letak je kamera sama aras dengan objek yang nak tangkap 
gambar tu. Contoh gambar dekat bawah.


Selain gambar-gambar segala jenis Flatlay ni, aku juga selitkan beberapa gambar sebelum kejadiannya gambar-gambar yang cantik tadi. Gigihkan seorang Syed cuba nak dapatkan sudut yang baik. Hahaha
 


Sekian, jumpa lagi post akan datang.

Wednesday, 3 October 2018

BBM3410 Persembahan Teater Yang Lepas dan Pengalaman aku.


Jumpa lagi semua... Yuhuuu.😊😊

Okay pada post kali ini, aku nak kongsikan tentang pengalaman aku dalam dunia teater. Hahaha. Tak ada lah hebat sangat tapi pengalaman tu ada la sikit.

Aku mulakan dengan mula-mula pementasan aku atau ‘debut’ aku atas pentas. Teater yang pertama aku berlakon ialah teater Budak Raja. Watak aku adalah Raja Tua, Raja Tua mempunyai tiga orang anak. Tengku Long, Tengku Ngah dan Tengku Cik. Anak nya yang pertama dan kedua berseteru untuk merebut takhta kerajaan. Tetapi pada akhirnya mereka berbaik semula dengan pertolongan dari Awang Peran sebagai Budak Raja Istana.


 Teater seterusnya ialah Dunia Belum Kiamat. Teater ini genre Realisme dan ianya harus terlihat asli. Dari gerak geri yang dibuat sehinggalah dialog yang dikeluarkan. Teater pada kali ini saya memegang watak Datuk Jay. Seorang yang kaya tetapi kedekut dan berkira.
Aku juga terlibat dalam beberapa produksi teater. Antaranya Teater Tinggi-tinggi Si Matahari (TTSM) Arahan Ayesar Rj. TTSM dipentaskan di Auditorium JKKN Perak.



Sekian serba sedikit pengalaman. Sebenarnya banyak lagi tapi aku malas nak karang panjang-panjang. Jumpa lagi post seterusnya.

BBM3410 Pesta Makanan Tradisional FBMK.



Hai bertemu kita lagi. 


Pada 25 September yang lalu. Pesta Makanan Tradisional Melayu telah diadakan bertempat FBMK UPM. Pelbagai jenis masakan melayu yang dijual pada hari tersebut. Aku dan rakan sekelasku mendapat tugasan untuk menangkap 10 gambar yang membuktikan kehadiran kami ke pesta tersebut. 10 gambar tersebut mestilah menunjukkan muka masing-masing sebagai bukti.



Demonstrasi maskan adalah antara tarikan pesta tersebut. Demonstrasi masakan tersebut dibuat oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrin Abdul Karim. Masakan yang Dr. ketengahkan ialah ONDE-ONDE BIRU DIRAJA. Di mana warna biru yang digunakan adalah dari warna Bunga Telang. Dr. Shahrin merupakan pensyarah di UPM, Fakulti Sains Makanan.

Pesta makanan tersebut berakhir dengan jayanya selepas mendapat liputan dari media seperti TV3 dan dalam Akhar Harian Metro.


Sekian, jumpa lagi untuk post yang akan dating.

BBM3410 Minggu 4: Tugasan Individu yang di "Reject"



Assalammualaikum semua, πŸ˜

Pada minggu ke empat yang lalu, aku diberi tugasan berkaitan dengan penggunaan dan persepsi  aku mengenai media sosial atau teknologi. Arahan berkaitan tugasan tersebut di letakkan dalam Putrablast E-Learning. 

Pembelajaran pada minggu berasakan pembelajaran atas talian. Berikut merupakan arahan yang diberi bagi tugasan tersebut.


Yang pertama, berikan persepsi anda tentang jenis media social/ media teknologi dalam buku BOOM Bab 1 (minima 100 patah perkataan, maksima 150).

Pilih salah satu media social/media teknologi dalam bab 1 dan bincangkan bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti.

Emelkan tugasan kepada drnormaliza@gmail.com.

Subjek emel seperti Tugasan individu bbm3410 : nama.

Tugasan boleh emel pada pukul 2- 3 petang SAHAJA. jika awal atau lambat, emel anda akan dipadam dan tiada markah untuk tugasan ini.

Tugasan tersebut dibuat dengan jayanya dan di hantar pada tepat masanya. Namun begitu, tugasan tersebut di tolak oleh Prof. Sebab mengapa iaianya di tolak kerana tidak mengikut arahan yang sepatutnya.
Sekian sahaja luahan minggu ini.πŸ˜…

Sakit itu aku...

 Assalammualaikum...  Lama aku tak bermonolog disini. Nukilan bertarikh 29 Nov 2021 ini lebih kepada tulisan isi hati. Maaf andai ada tersal...