Hai bertemu kita lagi.
Pada 25 September yang lalu.
Pesta Makanan Tradisional Melayu telah diadakan bertempat FBMK UPM. Pelbagai
jenis masakan melayu yang dijual pada hari tersebut. Aku dan rakan sekelasku
mendapat tugasan untuk menangkap 10 gambar yang membuktikan kehadiran kami ke
pesta tersebut. 10 gambar tersebut mestilah menunjukkan muka masing-masing
sebagai bukti.
Demonstrasi maskan adalah antara tarikan pesta tersebut. Demonstrasi
masakan tersebut dibuat oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrin Abdul Karim.
Masakan yang Dr. ketengahkan ialah ONDE-ONDE BIRU DIRAJA. Di mana warna biru
yang digunakan adalah dari warna Bunga Telang. Dr. Shahrin merupakan pensyarah
di UPM, Fakulti Sains Makanan.
Pesta makanan tersebut berakhir dengan jayanya selepas mendapat
liputan dari media seperti TV3 dan dalam Akhar Harian Metro.
Sekian, jumpa lagi untuk post yang akan dating.
No comments:
Post a Comment